Follow Us!

Thursday, 31 January 2013

Makanan yang perlu dielakkan semasa hamil


Entry kali nie istimewa untuk ibu-ibu yang sedang mengandung atau yang merancang untuk mengandung.
Kalau makan tu kena beringat ye ibu-ibu, jangan main hantam saja..Almaklumla kat dalam perut tu ada si kecil comel yang sedang membesar. Kemungkinan cara pemakanan ibu mengandung akan mempengaruhi kesihatan dan tumbesaran bayi anda di dalam kandungan.
Jangan sampai nanti menyesal kemudian hari sudah. Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam wajib mempercayai kada' dan kadar serta ketentuan dari Ilahi. Tetapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk memberikan yaang terbaik untuk simanja kita dan setelah berusaha maka selebihnya kita bertawakallah kepada yang Allah Maha Agung.

Jom baca sini...




Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. 
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur. 
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
  • Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk. Bagi yang beragama Islam, minuman alkohol tu haram yea!
  • Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.


Sumber : 
http://www.babycenter.com.my/a1029322/diet-untuk-kehamilan-yang-sihat#ixzz2JA3EEKn8




Next Post Previous Post Home

0 comments:

Post a Comment